the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu

SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu, kira-kira 159 kilometer dari sini, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya lewat petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikenali sebagai Cicilia Julan Intik tertumpu di sekitar jeti di tebing sungai.

Menurutnya sebaik sahaja panggilan kejadian diterima pada jam 7.21 malam, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai itu.

“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan mandi di sungai bersama ahli keluarga beliau pada jam 6.30 petang dan kejadian disaksikan oleh datuk mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada pukul 8.30 malam kerana keadaan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota SAR dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Green SM officially launches all-electric ride-hailing service in Kazakhstan

Green SM has launched its all-electric ride-hailing service in Kazakhstan, expanding into its sixth international market. Operating with VinFast VF 6 Eco vehicles in Almaty, the company aims to deliver sustainable, technology-driven, and reliable mobility solutions while strengthening its global green transportation network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings