the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bukan senang nak siasat golongan atasan – PM

KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata bukan mudah untuk menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan.

Justeru, beliau meminta rakyat menyokong usaha kerajaan dalam menyiasat golongan atasan termasuk individu yang bergelar Tun berhubung kecurian dana kerajaan.

“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli …bila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, Perdana Menteri ini kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun,Tun.

Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senang ke? Tak senang. Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Klang @ Padang Chetty di sini malam tadi.

Pada 17 Jan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

Sebelum itu, isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya hadir ke ibu pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.

Disember lepas, SPRM menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya tidak terbawa-bawa dengan sentimen melampau yang tidak akan menguntungkan negara.

Beliau berkata semua kaum ketika ini membuat tuntutan agar masalah diselesaikan segera dan kerajaan akan menggunakan konsep MADANI yang adil untuk semua pihak.

“Untuk menyelesaikan masalah kaum India, kita bukan sahaja memberikan peruntukan RM100 juta melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sahaja sebaliknya kita juga selesaikan melalui program lain seperti tandas sekolah, kemiskinan tegar, rumah penjawat awam dan RM30 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN).

Saya juga meminta semua kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perpaduan (Negara) untuk mengenal pasti masalah rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

Sementara itu, Anwar juga berkata selepas kerajaan berjaya membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, beliau kini menunggu laporan lengkap dari Selangor dalam tempoh dua minggu berkenaan perkembangan sama.

“Sudah tentunya Selangor kita dapat uruskan dengan baik, dengan hasil yang baik dan boleh serta mampu selesaikan. Saya yakin Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan beres masalah kemiskinan,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings