the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bung Moktar yakin BN kuasai sokongan, tumpu pengundi putih

Bung Moktar yakin BN dan UMNO kuasai arus sokongan menjelang PRN Sabah, tumpu pengundi putih dan janji selesa isu jalan raya jika menang

KINABATANGAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin momentum sokongan terhadap BN dan UMNO semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata UMNO mula mendominasi arus sokongan berikutan persiapan menyeluruh sejak awal.

“Bantuan jentera daripada keluarga besar UMNO dari Semenanjung, khususnya UMNO Pahang dan Kedah turut memperkukuh kekuatan jentera kita,” katanya selepas program Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Pahang.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata UMNO kini menumpukan usaha mendekati pengundi putih yang secara tradisinya menyokong parti itu.

“Saya telah minta jentera dan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Sabah mengerakkan jentera bagi memastikan pengundi putih keluar mengundi,” katanya.

Mengenai isu jalan raya, Bung Moktar berkata kerajaan negeri perlu berbincang dengan JKR Persekutuan untuk menyegerakan pembinaan laluan.

Beliau berkata jika BN diberi mandat membentuk kerajaan, isu jalan raya akan menjadi perkara pertama diberi perhatian.

Mengulas masalah kesihatannya, Bung Moktar mengakui berdepan masalah kesihatan pada peringkat awal berkempen.

“Atas nasihat doktor, saya dibenarkan untuk berkempen,” katanya.

Beliau akan mengadakan program santai bersama anak muda di Lamag esok yang dijangka dihadiri 1,200 orang.

Hari pengundian PRN Sabah ke-17 yang mempertandingkan 73 kerusi DUN berlangsung Sabtu ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings