Sunday, November 16, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon PH komited selesa masalah air di DUN Sulabayan

Calon PH DUN Sulabayan Mohd Zulfikar berjanji atasi masalah bekalan air dan jalan rosak, sasar sokongan 5,000 belia untuk PRN Sabah

SEMPORNA: Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Sulabayan Mohd Julfikar Ab Mijan berkomitmen mengatasi masalah bekalan air di kawasan tersebut.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Julfikar berkata DUN Sulabayan telah lama wujud tetapi masih ketinggalan dari segi kemudahan air bersih.

“Selain itu, kita turut melihat masalah jalan raya yang sempit dan rosak yang tentunya memerlukan sokongan daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama golongan susah.

Mohd Julfikar yang juga Presiden NGO Semporna berkata isu berkenaan menjadi keutamaan perjuangannya untuk penduduk DUN Sulabayan.

Beliau berkata NGO itu akan menjadi platform mendekati 5,000 belia agar turun mengundi pada 29 November.

Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah daerah Semporna 2023 itu menggunakan slogan #sinarbaru4Sulabayan dalam kempennya.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yakin calon tunggal PH itu mampu bawa perubahan infrastruktur.

Beliau berkata sudah tiba masanya pengundi DUN Sulabayan memberi peluang kepada PH untuk bawa pembangunan.

“Saya fikir ini adalah peluang yang terbaik untuk masyarakat di sini melihat keprihatinan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

DUN Sulabayan akan menyaksikan pertandingan lapan penjuru termasuk seorang wakil tunggal wanita. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories