the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus – Fahmi

KUALA LUMPUR: Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata peratusan capaian itu adalah amat baik, khususnya kepada negeri yang ekonominya berasaskan kepada perindustrian serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) seperti Selangor.

Bagaimanapun katanya maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mendapati masih banyak dalam kalangan pemain industri dan SME yang belum memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangkaian 5G itu.

“Satu daripada masalah yang dihadapi adalah kadar penggunaan dalam kalangan industri, didapati masih banyak syarikat dan pemain industri belum memanfaatkan sepenuhnya rangkaian 5G bagi tujuan perindustrian.

“Dalam hal ini, patik bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan terus berhubung dengan pemain industri terutama di kawasan-kawasan perindustrian untuk memastikan mereka memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya,“ katanya di sini.

Fahmi berkata demikian ketika menyembah maklum berhubung pelaksanaan 5G kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Bernama (menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama.

Fahmi berkata usaha kementerian itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan rangkaian 5G dilaksanakan dengan baik di seluruh negara seharusnya disambut oleh semua pihak, khususnya pemain indsutri.

“Dengan keupayaan kesalinghubungan rangkaian 5G yang boleh mencapai lingkungan 1,000 peranti dalam satu ‘connection’, maka sewajarnya pemain industri kita berubah daripada penggunaan 4G kepada sesuatu perkhidmatan yang lebih efisien,“ katanya.

Sementara itu Fahmi berkata lapan juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, sehingga akhir November tahun lepas.

Beliau berharap pencapaian positif dapat dimanfaatkan sepenuhnya negeri-negeri yang berindustri tinggi termasuk Selangor. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings