the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

CEAPAD platform unik, strategik untuk bina kapasiti dan pembangunan mampan di Palestin

KUALA LUMPUR: Jepun menyifatkan Persidangan Keempat Kerjasama Negara-Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD IV), yang dianjurkannya bersama Malaysia, sebagai platform unik dan strategik bagi memperkukuh pembinaan kapasiti serta pembangunan mampan di Palestin melangkaui bantuan kecemasan.

Persidangan itu, yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat, diadakan sebagai sebahagian daripada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Duta Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata berkata CEAPAD mengambil pendirian berbeza daripada forum lain dengan memfokus kepada penyelesaian jangka panjang termasuk daya tahan institusi, pendidikan dan ketidakbergantungan ekonomi bagi rakyat Palestin.

Beliau berkata Jepun sudah lama menjalin kerjasama dengan organisasi seperti Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) serta Bank Dunia bagi membantu pembangunan institusi di Palestin.

“CEAPAD ialah platform yang unik. Meskipun situasi di Palestin sering kali ditangani daripada segi politik atau kemanusiaan, forum ini memfokus kepada perkara yang berlaku selepas itu iaitu pembinaan kapasiti dan pemerkasaan institusi.

“Jepun telah menjalin kerjasama dengan UNRWA, Bank Dunia serta organisasi lain bagi membantu rakyat Palestin dan CEAPAD melengkapi usaha tersebut dengan membawa perspektif serta kepakaran dari negara-negara Asia Timur,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Beliau berkata Jepun, sebagai negara yang memulakan CEAPAD pada 2013, adalah komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Malaysia bagi menyelaras usaha pemulihan dan pembinaan semula terutama selepas kemusnahan di Gaza.

“Berdasarkan skala kemusnahan yang dialami, adalah penting untuk kita membantu rakyat Palestin membina semula hidup mereka secara bermaruah.

“Malaysia telah menjadi peserta CEAPAD yang konsisten sejak awal lagi dan kami menghargai komitmen bersama ini dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin,” katanya.

CEAPAD IV juga akan dihadiri Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya, yang dijangka berada di Malaysia sempena AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Penglibatan yang berterusan dalam CEAPAD sejak penubuhannya mencerminkan komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Mesyuarat pertama CEAPAD di Tokyo yang dianjurkan oleh Jepun dan Palestin telah meletakkan asas bagi kerjasama Asia Timur dengan Malaysia sebagai antara peserta pengasas.

Mengulas lanjut, Shikata berkata wujud potensi bagi kerjasama antara Jepun, Malaysia dan Palestin dalam bidang latihan serta pembangunan sumber manusia.

“Sebagai contoh, jika rakyat Palestin dibawa ke Malaysia, kita mungkin dapat menyokong program latihan untuk masa depan mereka,” katanya sambil menambah pendidikan dan pembinaan kemahiran adalah penting untuk masa depan dan kestabilan jangka panjang di Palestin.

Beliau berkata CEAPAD juga berfungsi sebagai jambatan yang lebih luas antara rantau dan menghimpunkan kepakaran serta sumber Asia Timur dengan keperluan dan perkongsian di Timur Tengah bagi membolehkan usaha pembangunan yang lebih terselaras dan berkesan.

Shikata berkata pendekatan pembangunan Jepun adalah berlandaskan kepercayaan bahawa keamanan harus disokong oleh institusi yang kukuh dan pertumbuhan yang inklusif dan bidang yang disasarkan secara langsung oleh CEAPAD.

Jepun menjadi rakan dialog pertama ASEAN pada 1973 sebelum memformalkan perkongsian itu pada 1977.

Dalam tempoh beberapa dekad yang lepas, Jepun terus memperluas penglibatannya dengan ASEAN, menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) pada 2004, melantik duta khas ke ASEAN pada 2010 dan mewujudkan misi tetapnya di Jakarta pada tahun berikutnya.

Pada 2023, ASEAN dan Jepun meningkatkan hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang mencerminkan sokongan berterusan Tokyo untuk Pemusatan ASEAN serta kerjasama serantau merentasi tonggak politik, ekonomi dan sosiobudaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings