the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dana wakalah zakat korporat lengkap usaha kerajaan perkasa pendidikan inklusif

Sektor korporat melalui dana wakalah zakat bantu perkasa pendidikan inklusif untuk pelajar OKU, dengan sumbangan RM100,000 kepada 500 pelajar

KUALA LUMPUR: Sumbangan sektor korporat melalui dana wakalah zakat memainkan peranan penting melengkapkan usaha kerajaan memperkasakan pendidikan inklusif untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penglibatan korporat dalam skim wakalah zakat telah lama diamalkan dan terbukti memperluas capaian bantuan.

“Inisiatif sumbangan ini bukan sahaja melengkapi usaha kerajaan, malah memperkukuh kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta,” katanya selepas Majlis Sentuhan Kasih Sun Life Malaysia Takaful di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 500 pelajar pendidikan khas dari 25 sekolah menengah di Wilayah Persekutuan menerima sumbangan RM200 setiap seorang.

Jumlah keseluruhan sumbangan RM100,000 itu disalurkan melalui dana wakalah Sun Life Malaysia Takaful Bhd.

Zulkifli menegaskan bantuan itu mencerminkan peranan sektor korporat dalam membela kebajikan pelajar OKU.

Beliau mengingatkan kerajaan memperuntukkan RM1.4 billion dalam Belanjawan MADANI 2026 khusus untuk memperkasakan kebajikan OKU.

Kerajaan juga berikrar membela pendidikan anak-anak istimewa dengan memperuntukkan ratusan juta ringgit sebagai elaun bulanan.

“Kesemua ini bertujuan menyokong keperluan pembelajaran, intervensi khas serta kebajikan mereka,” jelasnya.

Pada majlis sama, 26 surau sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan RM80,000.

Sumbangan melalui dana wakalah MAIWP itu bertujuan meningkatkan keselesaan beribadah di surau-surau berkenaan.

Turut hadir Pengerusi MAIWP Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Sri Amrin Awaluddin.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories