the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua bekas ketua menteri antara calon PRN Sabah ke-17

Mohd Shafie Apdal dan Salleh Said Keruak antara 596 calon bertanding PRN Sabah ke-17, mempertahankan DUN Senallang dan Usukan.

KOTA KINABALU: Dua bekas Ketua Menteri bakal mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 apabila menjadi sebahagian daripada 596 calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ketua Menteri Ke-15 yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 68, berdepan saingan empat penjuru mempertahankan DUN Senallang.

Mohd Shafie yang menjadi Ketua Menteri antara 2018 hingga 2020 memenangi DUN Senallang pada PRN Sabah ke-15 pada 2018 dengan majoriti 5,301 undi.

BACA: Shafie Apdal hadapi saingan empat penjuru di DUN Senallang PRN Sabah

Beliau kemudian mempertahankan DUN itu dengan majoriti 4,631 undi pada PRN lepas.

Ketua Menteri Kesembilan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, 68, yang juga Bendahari UMNO Sabah bakal mempertahankan DUN Usukan.

Salleh yang menjadi Ketua Menteri antara 1994 hingga 1996 memenangi DUN Usukan pada PRN lepas dengan majoriti 4,298 undi.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan selama empat penggal.

Salleh yang mewakili Barisan Nasional berdepan saingan enam penjuru termasuk Datuk Japlin Akim yang pernah menjadi ADUN Usukan selama tiga penggal.

Juga bertanding ialah Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 November.

Undi awal pula dijalankan pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hoe Yean and Cheong Min top SEA Games 2025 SHAKAM incentive list

Swimming champion Khiew Hoe Yean and wushu queen Tan Cheong Min are the highest-earning national athletes from the SEA Games 2025 SHAKAM incentives, with hockey receiving the largest team payout.
spot_img

Popular Categories