the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 8, 2026
20.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua individu rentung dalam kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

Sebuah kereta Honda Civic terbakar 85% di Plaza Tol Jitra, dua mangsa rentung ditemui di dalam kenderaan. Operasi bomba selesai 4.15 pagi.

JITRA: Dua individu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi.

Sebuah pasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Honda Civic FD terbakar kira-kira 85%,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad.

Dua mangsa rentung yang dipercayai seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam kereta berkenaan.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.23 pagi.

Kerja pemotongan kenderaan kemudian dilakukan bagi mengeluarkan mangsa dari kereta.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi bomba ditamatkan pada jam 4.15 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories