the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua insiden kebakaran sekolah di Selangor, tiada mangsa dilaporkan

Bilik guru SBPI Sungai Lang dan perpustakaan SK Berjaya Tanjong Karang alami kebakaran kecil, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kes.

SHAH ALAM: Dua insiden kebakaran berasingan melibatkan sekolah di Selangor berjaya dikawal tanpa sebarang kemalangan jiwa.

Sebuah bilik guru di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sungai Lang, Sabak Bernam mengalami kebakaran kecil pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima panggilan kecemasan pada 8.56 pagi sebelum menggerakkan tujuh anggota bersama jentera FRT dari Balai Bomba Sabak Bernam.

“Anggaran peratusan kebakaran 10% dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Kebakaran melibatkan bilik guru seluas 80 kaki persegi di tingkat bawah bangunan kelas jenis A.

Dalam insiden berasingan, bomba turut menerima laporan kebakaran di Sekolah Kebangsaan Berjaya di Tanjong Karang sekitar 10.20 pagi.

Kebakaran itu melibatkan seunit lampu kalimantan di dalam bilik perpustakaan.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak sekolah sebelum bomba sampai,” jelas Ahmad Mukhlis.

Beliau menegaskan kebakaran tidak menjejaskan struktur bangunan serta tiada mangsa terlibat.

Operasi di Tanjong Karang membabitkan empat anggota bersama sebuah jentera FRT dan unit EMRS dari balai bomba tempatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings