the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penjualan karpet alas kaki bercorak kaabah, masjid

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu merupakan pemilik dan pekerja di bazar tersebut.

“Pihak polis pada mulanya telah menerima satu laporan polis semalam daripada seorang lelaki tempatan yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya di bazar itu mengandungi corak menyerupai bentuk masjid serta kaabah.

“Sabtu lepas, lelaki itu telah melihat beberapa karpet yang disyaki bercorak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai ketika berada di bazar perniagaan. Setelah membeli karpet tersebut, lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menggangu siasatan polis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings