the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan rompakan wanita

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan rompakan berkumpulan menyebabkan kecederaan seorang wanita bulan lepas.

KOTA BHARU: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap seorang wanita bulan lepas.

Mohammed Sanusi Dollah, 43, dan Azahar Hussin, 54, didakwa bersama-sama cuba mengambil seutas gelang tangan emas serta beg duit milik Nur Khairunnisa Mohd Zain, 18.

Kejadian itu berlaku di Jalan Batu Tinggi, Kok Lanas di sini pada 6.20 petang, 22 Dis 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Hakim Nik Habri Mohamad membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 Jan ini untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings