the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua maut, enam cedera dalam kemalangan MPV di Dungun

MPV hilang kawalan di Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, mengorbankan dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan dan mencederakan enam lagi

DUNGUN: Dua lelaki maut dan enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 3, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata kejadian pada 7.34 pagi itu mengorbankan Muhammad Asyraf Mohd Zahir, 21, dan warga Pakistan, Siraj Noman, 27.

Mereka meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Enam mangsa lain yang cedera terdiri daripada seorang warga tempatan dan lima warga asing berusia 30 hingga 40 tahun.

Kesemua mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Nyior ke Santong di Paka untuk melakukan kerja-kerja projek pendawaian elektrik,” kata Maizura.

MPV jenis Toyota Avanza itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

Kenderaan itu kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang tiang lampu.

Sepasukan anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories