the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal terbabas

Dua pelajar UiTM Rembau maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina akibat kecederaan kepala.

SEREMBAN: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau Supt Hasani Hussain berkata Ismawanie Husna Ismail dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, kedua-duanya berusia 19 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika masing-masing dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik,” katanya.

Beliau berkata motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan di jalan selekoh.

Kenderaan itu kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories