the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ECRL: Nilai kontrak syarikat tempatan cecah rm12.99 bilion, atasi sasaran rm10.8 bilion

KUANTAN: Nilai kontrak penglibatan syarikat tempatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM12.99 bilion, mengatasi sasaran RM10.8 bilion yang ditetapkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bagi penglibatan syarikat bumiputera pula, Loke berkata sebanyak RM2.59 bilion atau 74 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion bagi kerja sivil ECRL telah diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera.

Loke berkata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang merupakan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL, akan menggembeleng tenaga bagi memastikan penglibatan syarikat Bumiputera terus meningkat.

“Antara inisiatif yang sedang diambil adalah kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang terlibat bagi meneliti syarikat kontraktor bumiputera dari kategori G1 dan G2, seterusnya membuka peluang kepada mereka untuk bersama membangunkan Projek ECRL di dalam skop kerja yang bersesuaian.

“Pihak MRL dan CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat berkenaan bagi tujuan tersebut,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujin, Pengerusi MRL Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi CCCC Wang Tongzhou dan Menteri Besar dari tiga negeri Pantai Timur yang menjadi jajaran keretapi itu.

Selain itu, Loke berkata sebanyak 2,800 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal telah terlibat dalam pelaksanaan ECRL, bermula dari 2017 hingga Oktober lepas.

ECRL yang sepanjang 665 kilometer (km) merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dirasmikan pada 9 Ogos 2017, dan dijadualkan beroperasi pada 2027 melibatkan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j dan keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j.

Loke berkata kementerian Pengangkutan juga mengesyorkan agar syarikat usaha sama 50:50 antara MRL dan CCCC bagi menjayakan pengoperasian ECRL dapat ditubuhkan pada 2024, yang membuktikan keyakinan kedua pihak atas prospek keuntungan operasi ECRL, sekali gus menjamin kualiti serta kelestarian perkhidmatan.

Usaha sama itu, menurut Loke juga bakal menyediakan bantuan teknikal dan memperhebatkan pemindahan teknologi kereta api serta dalam aspek pengendalian dan penyelenggaraan ECRL untuk jangka masa panjang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings