the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Elak dicekup Imigresen, wanita warga asing tekad terjun bangunan

SEREMBAN: Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di sekitar rumah kedai di Seremban 2, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah JIMNS Kennith Tan Ai Kiang berkata wanita berusia 35 tahun dari Myanmar itu cedera di bahagian kepala dan difahamkan dia berada dalam keadaan mabuk sebelum bertindak sedemikian akibat cemas apabila menyedari serbuan dilakukan pihak penguat kuasa.

Beliau berkata wanita itu merupakan sebahagian daripada 110 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan, masuk tanpa suatu pas yang sah di bawah Seksyen 6(1) (c) akta sama.

“Semasa operasi dijalankan terdapat segelintir warga asing di lokasi tersebut melarikan diri dengan memanjat ke bumbung bangunan tiga tingkat tersebut serta menyorok di dalam siling rumah. Mereka ini akan di bawa ke Depot Imigresen Lenggeng untuk saringan dan siasatan lanjut.

Kita mendapati dalam sebuah rumah dihuni tujuh hingga lapan warga asing dan setiap unit dibuat sesekat di setiap bilik, antara kesalahan dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan…mereka ini bekerja dalam pelbagai sektor di sekitar sini,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Mega JIMNS di sini hari ini.

Tan berkata seramai 314 anggota digerakkan dalam operasi itu dan telah memeriksa 628 warga asing di lokasi berkenaan.

Beliau berkata pemeriksaan melibatkan seramai 210 lelaki Bangladesh; 42 lelaki, 13 wanita, seorang kanak-kanak perempuan (Indonesia); 79 lelaki, 26 wanita, empat kanak-kanak perempuan (Myanmar); 206 lelaki Nepal; 26 lelaki India; 13 lelaki Pakistan dan lapan lelaki Sri Lanka.

“Umur paling muda adalah bayi perempuan berusia dua minggu dan lelaki berusia 51 tahun. Hasil siasatan dan risikan hampir dua minggu mendapati pemilik rumah memberi sewa kepada warga asing ini dengan kadar RM600-RM800 bagi sebuah rumah sebulan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings