the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lelaki ditahan disyaki terlibat kes samun senjata, menyamar polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan dengan senjata dan menyamar sebagai anggota polis, di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, Ampang, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua suspek yang berumur 30 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, semalam.

Beliau berkata seorang lelaki warga Bangladesh dalam aduannya kepada polis mendakwa kejadian berlaku semasa dia bersama tujuh orang lagi berada di rumah, apabila sekumpulan lelaki yang memakai ‘vest’ dan membawa ‘gunting besar’ serta tukul, masuk ke rumah berkenaan dan mengarahkan mereka berkumpul di ruang tamu.

“Suspek kemudian menyelongkar setiap bilik di rumah itu dan mengambil wang tunai, barang kemas, telefon bimbit serta dokumen peribadi milik pengadu dan rakan-rakannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setelah menggeledah dan mengambil barang serta wang tunai, kesemua suspek terus beredar dari rumah itu dengan menaiki kenderaan.

Mohd Azam berkata polis turut merampas 31 telefon bimbit, vest dengan tertera perkataan “Polis”, pakaian, tukul besi, kuku kambing, spanar, playar, wang tunai dan tiga kereta susulan penahanan mereka, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata semakan lanjut mendapati tiga daripada suspek mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan dua rekod dikehendaki berkaitan dadah.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Meth, Amp serta Opiate, dan kesemua mereka kini direman sehingga 1 Mac depan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah, dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan menyamar sebagai penjawat awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings