the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching

KUCHING: Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mereka yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

“Pusat gerakan telah menerima panggilan daripada pihak hospital untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, bomba telah menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di kenderaan Proton Saga.

“Keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu adalah sembilan orang, di mana tiga lelaki dan seorang wanita telah disahkan meninggal, dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita cedera parah, serta tiga lagi mangsa lelaki mengalami cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBM, mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang kritikal dan mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,“ katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 4.03 petang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings