the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman tiga hari bantu siasatan projek telaga jejari

KOTA BHARU: Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari membabitkan nilai lebih RM300 juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 60-an direman bagi membantu siasatan berhubung pembinaan telaga yang gagal berfungsi bagi membekalkan air mentah kepada Loji Rawatan Air membabitkan projek bernilai lebih RM300 juta.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berbeza sekitar Kota Bharu antara 7 hingga 10 pagi semalam.

“Telaga ini sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air yang mencukupi kepada penduduk, namun siasatan awal mendapati telaga-telaga ini tidak dapat menghasilkan kuantiti air secara optimum,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek dan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

No excuse to hire undocumented foreign workers, employers told

The current ceiling set by the Economy Ministry allows for more than 130,000 foreign workers to be recruited across various sectors, but approvals would still depend on the needs of each sector and subsector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings