the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam warga Thailand ditahan ceroboh masuk Malaysia melalui pangkalan haram

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki warga Thailand kerana disyaki menceroboh masuk ke Malaysia secara haram melalui beberapa pangkalan tidak diwartakan di sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas, dalam satu operasi khas pada Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dilakukan antara 7 malam hingga 7.30 malam menerusi rondaan di tiga lokasi berasingan, iaitu di pangkalan haram Hassan Merah, Tok Awang Belulang, dan Azizah.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan tikus.

“Kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata PGA akan terus mempergiatkan rondaan dan operasi sempadan bagi membanteras kegiatan rentas sempadan secara haram yang masih berlaku di sepanjang garisan sempadan Malaysia–Thailand.

“PGA menyeru orang awam supaya mematuhi undang-undang imigresen dan menggunakan laluan sah seperti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bagi sebarang urusan rentas sempadan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings