the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Pempengaruh perlu sebar kebaikan, elak sensasi

Fahmi Fadzil gesa pempengaruh hasil kandungan beretika dan bawa mesej baik demi bentuk pemikiran positif generasi muda, sambil kerajaan pertimbang sekatan media sosial bawah 16 tahun.

KOTA KINABALU: Pempengaruh perlu memikul tanggungjawab besar untuk memperbanyak kandungan yang jujur, beretika dan membawa mesej kebaikan kerana pengaruh mereka mampu membentuk pola pemikiran generasi muda, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pempengaruh perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan supaya tidak menjejaskan keyakinan penonton muda terhadap maklumat yang disampaikan.

“Jadi, saya minta pempengaruh atau mereka yang berhasrat ingin menjadi pempengaruh, hasilkanlah kandungan dengan baik,” katanya ketika berucap pada Bengkel Latihan Belia MADANI Moyog di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Inobong.

Fahmi turut menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena doom scrolling yang boleh menyebabkan ketagihan serta menjejaskan perkembangan akhlak dan tumpuan harian remaja.

Beliau berkata kerajaan melihat keperluan untuk mengetatkan akses media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah 16 tahun susulan dapatan Polis Diraja Malaysia tentang peningkatan kes jenayah seksual dan penipuan yang berpunca daripada platform digital.

“Bagi pihak kerajaan, kita lihat ada keperluan untuk mula memasang ‘pagar’ bagi menghalang anak-anak bawah 16 tahun daripada menggunakan media sosial … penjenayah telah berhijrah secara besar-besaran ke dalam platform ini,” katanya.

Beliau memaklumkan dalam operasi Ops Pedo beberapa bulan lepas, sebanyak 31 lelaki berusia antara 12 hingga 71 tahun ditangkap kerana memiliki lebih 800,000 fail jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Taiwan Smart Tourism Alliance targets Vietnamese travelers with exclusive Taiwan travel packages

To boost its visibility in Vietnam’s rapidly growing travel market, the Taiwan Smart Tourism Alliance introduced exclusive Taiwan travel perks for Vietnamese customers, including SIM cards and bubble tea gift boxes. The alliance also signed MOUs with SeA Travel and Mustgo in Hanoi, creating overseas business opportunities exceeding USD 800,000.
spot_img

Popular Categories