the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPR jangka 65% keluar mengundi PRK Kinabatangan, Lamag

Suruhanjaya Pilihan Raya jangka 65% keluar mengundi pada PRK Kinabatangan dan DUN Lamag 24 Jan, sambil perbaiki proses pengiraan undi.

KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 65% pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 24 Jan ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata jangkaan itu sama seperti sasaran pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.

Beliau memberi jaminan proses pengiraan undi akan berjalan lancar.

Jaminan itu diberikan susulan kontroversi semasa pengiraan undi kerusi DUN Lamag pada PRN Sabah lalu.

“Kalau ada kelemahan, kita akan tambah baik dan perbaiki dalam proses pengiraan undi yang akan datang,” katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag.

Dalam kenyataan, Ramlan berkata SPR telah menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya untuk memantau aktiviti calon.

Seramai 39 pemerhati pilihan raya daripada sembilan organisasi turut mengambil bahagian bagi memastikan ketelusan PRK.

Beliau menegaskan calon yang membayar deposit bahan kempen tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

“Bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak serta penerbitnya.

“Bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman, menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Ramlan berkata pihaknya berharap semua aktiviti kempen dijalankan secara harmoni serta mematuhi undang-undang.

PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Dis lepas.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK adalah pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

World champion tower runner leads Merdeka 118 spire climb for “National Take the Stairs Day”

In conjunction with National Take the Stairs Day on 14th January 2026, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) marked the occasion by welcoming World Champion Tower Runner, Soh Wai Ching, to lead a climb up the Menara Merdeka 118 spire.Menara Merdeka 118 rises to 678.9 meters in height, with the spire itself measuring 160 meters. The climb brought together 20 participants, including PNBMV Chief Executive Officer, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim, heads of department and other key stakeholders within the Merdeka 118 precinct. Dato’ Izwan Ibrahim said, “At Merdeka 118, we are reminded that progress is built step by step. Today’s climb with Malaysia’s world champion, Soh Wai Ching, reflects the mindset we bring to everything we do.
spot_img

Popular Categories