the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAM bawa kes pemain warisan ke CAS demi keadilan

FAM akan bawa kes dokumentasi tujuh pemain warisan ke CAS selepas FIFA kekalkan hukuman atas dakwaan pemalsuan dokumen kelayakan pemain

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memulakan proses membawa kes dokumentasi tujuh pemain warisan negara ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata langkah ini diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain.

“FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara,” katanya melalui hantaran di laman Facebook rasmi FAM.

Beliau menegaskan setiap tindakan akan diambil secara profesional, telus dan mengikut saluran undang-undang sewajarnya.

Jawatankuasa Rayuan FIFA dalam alasan bertulis menyatakan cubaan pemalsuan dokumen untuk memperdaya badan pentadbir merupakan pelanggaran serius.

Tindakan sedemikian menjejaskan kesaksamaan perlawanan dan meruntuhkan keyakinan awam menurut kenyataan jawatankuasa tersebut.

FIFA juga mengarahkan sekretariat memulakan siasatan rasmi terhadap operasi dalaman FAM.

Kesemua tujuh pemain warisan terlibat dilahirkan di luar negara menurut pendedahan jawatankuasa itu.

Pemain terbabit termasuk Gabriel Felipe Arrocha dari Sepanyol, Facundo Garces dari Argentina dan Rodrigo Holgado juga dari Argentina.

Senarai dilengkapkan Imanol Manchuca dari Argentina, Joao Figueiredo dari Brazil, Jon Irazabal dari Sepanyol dan Hector Hevel dari Belanda.

FIFA pada 3 November lalu menolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman terhadap kesalahan pemalsuan dokumen.

FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (lebih kurang RM11,000).

Kesemua tujuh pemain juga digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan. – Bernama

BACA:

FIFA kekal hukuman FAM, 7 pemain warisan kes pemalsuan dokumen

Selangor FC rayu hukuman FAM sebelum separuh akhir Piala FA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings