the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi

JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan dan Operasi) Shahrizan Sudiman berkata langkah itu termasuk mendapatkan bekalan kira-kira 640 metrik tan sebulan dari Indonesia serta Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata bekalan dari Indonesia telah bermula akhir tahun lepas, manakala Sabah dan Sarawak pula pada 20 Feb ini.

“Dari segi bekalan kelapa setakat ini FAMA telah membuat intervensi dari segi mendapatkan bekalan daripada beberapa sumber terutama dari Indonesia serta Sabah dan Sarawak.

“Pembekalan bulanan adalah sebanyak 640 metrik tan, dibekalkan ke seluruh semenanjung Malaysia. Setakat ini ia (langkah yang diambil) berjalan seperti yang dirancang,“ katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pasar Tani ke-40 Peringkat Negeri Johor, di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Datuk Mohd Haffiz Ahmad

Shahrizan berkata isu kekurangan bekalan kelapa bermula sejak Julai tahun lepas melibatkan seluruh negara dan ia kritikal di negeri pantai timur terutama Kelantan, antaranya berpunca daripada pengeluaran melawas (buah tidak menjadi).

“Seluruh negara mengalami isu ini dan yang kritikal di Kelantan dan belah pantai timur sebab penggunaan kelapa di sana lebih banyak. Insya-Allah kita beri jaminan dari segi bekalan mencukupi dari sumber bekalan yang kita dapatkan selain buat kolaborasi dengan pengusaha dan pemborong kelapa,“ katanya.

Terdahulu Shahrizan berkata Jualan ‘Happy Hour’ dan Jualan Kasih Johor merupakan antara program yang diadakan bersempena Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 yang diadakan di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, di sini.

Beliau berkata Pasar Tani diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian.

Pasar Tani pertama yang dibuka adalah di Kompleks Bilik Sejuk FAMA di Tampoi, di sini pada 31 Januari 1985.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings