the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan Ahli Parlimen Sungai Siput S. Kesavan membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pegawai penyelidik Parlimennya Indrani Ramasamy kerana memfitnah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan.

Dalam prosiding yang dijalankan melalui Zoom, panel itu turut memerintahkan Kesavan membayar kos RM20,000 kepada Indrani, yang diwakili peguam Rueben Mathiavaranam manakala peguam Azhar Arman Ali mewakili Kesavan.

Rueben ketika dihubungi berkata Mahkamah Rayuan mendapati anak guamnya telah berjaya membuktikan kesnya dan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dengan membuat dapatan Indrani dan Kesavan telah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tanpa membenarkan pihak-pihak membuat hujahan mengenai perkara itu.

“Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan dan Mahkamah Rayuan memerintahkan responden (Kesavan) membayar ganti rugi RM80,000 kepada Indrani,“ katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar (kini hakim Mahkamah Rayuan) ketika menolak saman Indrani tahun lepas, berkata dasar awam menetapkan bahawa mahkamah tidak boleh menghabiskan masa atau sumber untuk memberikan apa-apa remedi kepada pihak-pihak yang hadir di hadapan mahkamah dengan penipuan untuk menyembunyikan perbuatan dan penglibatan mereka yang tidak bermoral.

Indrani memfailkan saman itu pada 16 Julai 2019 susulan kenyataan Kesavan yang antara lain mendakwa Indrani sering mengganggunya dan berniat mahu meruntuhkan rumah tangganya serta dakwaan wanita itu telah menyebabkan beliau mengalami trauma.

Indrani juga membuat laporan polis mendakwa Kesavan telah melakukan gangguan seksual terhadapnya sejak Disember 2018.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings