the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gagal beri maklumat ideologi keganasan: Ibu suspek serang BP Ulu Tiram minta dibicarakan

KUALA LUMPUR: Ibu suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.

Rosna Jantan, 59, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei lepas mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan 12 Nov ini untuk pengurusan kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan berkata semasa tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dia diwakili seorang peguam namun pihaknya dimaklumkan peguam itu tidak dapat hadir hari ini kerana tidak menerima notis.

Beliau berkata Rosna sebelum ini didakwa bersama tertuduh lain dan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid di Mahkamah Tinggi Jenayah 7 pada 23 Okt ini.

“Pihak pendakwaan berhasrat untuk memindahkan kes tersebut ke mahkamah ini. Justeru, kami mohon tarikh pengurusan kes yang sedikit panjang supaya kes membabitkan tertuduh lain itu disebut terlebih dahulu,” katanya.

Pada 19 Jun lepas, Rosna yang juga warga Singapura, suami serta tiga anak mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan berkaitan keganasan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings