the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang selama 10 hari bermula hari ini berikutan pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog di sini.

Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada 189 juta liter sehari ke 187 juta liter sehari itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.

“Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.

Pelanggan di kawasan yang terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat,” katanya.

Kawasan yang dijangka terjejas di Kota Kinabalu antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kota Kinabalu City Centre, Kepayan, Tanjung Aru, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tanjung Lipat, Inanam, Kolombong, Luyang, Putatan, dan Bukit Padang.

Manakala kawasan dijangka terjejas di Penampang adalan Pekan Penampang, Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Donggongon, Jalan Penampang Baru, dan Jalan Penampang-Papar Lama.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings