the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GRS kekal kukuh meskipun ada pemimpin keluar parti

Gabungan Rakyat Sabah kekal utuh menjelang PRN ke-17 meskipun beberapa pemimpin keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal kukuh meskipun beberapa pemimpin dalam gabungan itu meninggalkan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tindakan beberapa individu yang memilih berpindah parti atau bertanding sebagai calon Bebas adalah hak masing-masing.

“GRS masih utuh, masih kuat. Ada yang pindah parti, ada yang jadi calon Bebas, itu hak mereka,” katanya.

Beliau menegaskan perkara itu tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Kita (GRS) juga ada strategi sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fokus utama GRS adalah memastikan kestabilan politik negeri dan kesinambungan agenda pembangunan.

Gabungan itu juga berhasrat memperoleh mandat jelas daripada rakyat Sabah bagi penggal seterusnya.

Antara pemimpin yang meninggalkan GRS ialah penyandang DUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan dan penyandang DUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.

Penyandang DUN Kukusan Datuk Rina Jainal dan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Dr Roland Chia juga antara yang keluar.

Fairuz, Awang Ahmad Sah dan Rina bertanding mempertahankan kerusi masing-masing atas tiket Bebas.

Chia pula bertanding atas tiket Bebas di Inanam.

GRS bertanding di 55 daripada 73 DUN pada PRN kali ini dengan 33% daripadanya adalah muka baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17.

Pengundian awal pula dijadualkan pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings