the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GRS umum empat calon terakhir untuk PRN Sabah ke-17

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

GRS lengkapkan senarai 55 calon PRN Sabah dengan empat nama terakhir, termasuk penyandang Sebatik dan calon baharu Kukusan, Tamparuli dan Bingkor

TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melengkapkan senarai calonnya untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan mengumumkan empat nama tambahan.

Pengumuman dibuat Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis penutupan Hari Sukan dan Sambutan Hari Keluarga UPPM Tuaran di Dewan Seri Sulaman.

Empat calon terakhir itu ialah penyandang DUN Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir.

Calon lain ialah Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah Kukusan Samsiah Usman bagi DUN Kukusan.

Bekas Pensyarah Kanan UMS Prof Madya Dr Bonaventure Bonaface akan bertanding di DUN Tamparuli.

Setiausaha Pemuda GRS pusat Rafie Robert pula diumumkan sebagai calon DUN Bingkor.

Hajiji berkata pemilihan calon merupakan antara cabaran paling besar menjelang PRN17.

Beliau menyatakan semua nama yang diserahkan mempunyai sumbangan, pengaruh dan penyokong peringkat akar umbi.

“Di sinilah cabaran timbul kepada saya kerana semua penyokong, pemimpin kita yang telah menyumbang kepada kebaikan parti dan GRS,” katanya.

Beliau mengakui tentu ada yang tidak puas hati dengan pemilihan yang dibuat.

“Tetapi sebagai pemimpin kita mesti mempunyai sifat tolak ansur dan pengorbanan terutama dalam saat kita menghadapi pilihan raya,” tegas Hajiji.

Misi lebih penting ketika ini adalah memenangkan GRS untuk membentuk kerajaan Sabah sekali gus.

Kemenangan akan membolehkan gabungan itu meneruskan dasar dan hala tuju yang diperkenalkan sepanjang lima tahun mentadbir negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hajiji yakin semua calon GRS mampu menyumbang kemenangan.

Keyakinannya berdasarkan bakat, pengalaman dan latar belakang calon yang pelbagai.

Beliau menggesa mereka yang tidak dipilih supaya bersama jentera GRS membantu calon di semua kawasan.

Semalam, Hajiji telah mengumumkan 51 daripada 55 calon yang akan bertanding pada PRN ke-17.

Senarai calon menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muka baharu.

SPR menetapkan hari pengundian PRN Sabah ke-17 pada 29 November.

Undi awal pula dijadualkan pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NGO lauds initiative to recognise Rohingya refugees

It called on the government to publicly clarify the criteria for refugee recognition and work eligibility, the duration and conditions of the temporary stay document, sectors in which refugees may work, application timelines, appeal mechanisms and pathways for those who are not recognised or approved for employment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings