the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang guru berusia 47 tahun mengalami kerugian RM511,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan menerima laporan daripada mangsa semalam, yang memaklumkan dia diperdaya sindiket terbabit.

“Menurut mangsa, dia melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook pada Februari lepas, dan mula berhubung dengan suspek di aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan itu.

“Dalam kumpulan itu, mangsa diberi penerangan secara terperinci mengenai pelaburan yang ditawarkan dan tertarik untuk melabur kerana ia menjanjikan keuntungan tinggi daripada wang modal yang dilaburkan dalam masa singkat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hamzah berkata mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi melalui pautan yang diberikan untuk mendaftarkan keahlian, seterusnya membuat 12 transaksi ke tiga akaun bank berbeza.

Beliau berkata mangsa menyedari dirinya diperdaya sindiket itu selepas gagal mengeluarkan wang modal dan keuntungan melalui pautan yang diberikan, dan tampil membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img