the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Had tempoh jawatan PM, perkasa Bahasa Melayu antara tumpuan Parlimen

Had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan hala tuju pendidikan antara isu utama dibangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat.

Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) menyifatkan cadangan itu sebagai langkah asas untuk memperkukuh demokrasi dan menjamin masa depan negara.

Beliau berkata ia adalah usaha Kerajaan MADANI melindungi institusi demokrasi.

“Ini adalah usaha Kerajaan MADANI melindungi demokrasi selain memberi ruang kepada rakyat menilai prestasi kepimpinan secara adil berasaskan integriti dan amanah,” katanya.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula berkata langkah itu isyarat baik yang menunjukkan kuasa politik tidak wajar berlegar pada satu individu tanpa sempadan.

Isu pemerkasaan bahasa Melayu turut ditekankan oleh beberapa ahli Parlimen.

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diperkasakan dan dikembangkan ke peringkat daerah.

Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu) berkata usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah suatu kewajipan.

Beliau menegaskan penerimaan terhadap bahasa dan sejarah negara adalah elemen penting dalam pembinaan jati diri kebangsaan.

Isu pendidikan pula dibangkitkan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota).

Beliau berharap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 disertai penyelarasan lebih kemas antara kementerian.

Saifuddin menyambut baik pendekatan baharu model universiti empat kuadran yang memberi ruang kepada universiti awam beroperasi secara lebih fleksibel.

Isu rasuah juga terus mendapat perhatian Dewan Rakyat.

Beberapa ahli Parlimen mahu setiap kes melibatkan jenayah itu disiasat dengan telus tanpa mengira pangkat dan darjat individu terlibat.

Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung esok.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories