the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Haiwan mati diracun di Bukit Bendera, siasatan sedang dijalankan

GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengesahkan terdapat beberapa kes haiwan mati akibat diracun di kawasan Bukit Bendera.

Kejadian ini melibatkan anjing, kucing, dan burung yang dipercayai termakan makanan beracun.

PBBPP dalam kenyataan rasmi di Facebook menegaskan bahawa tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan boleh mengancam ekosistem serta keselamatan awam.

“Menggunakan racun untuk menghapuskan haiwan terbiar tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan penjara sehingga 3 tahun dan, atau dengan denda,“ menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi PBBPP melalui e-mel [[email protected]](mailto:[email protected]).

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings