the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji jangka umum pelantikan menteri kabinet Sabah petang ini

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dijangka umum pelantikan anggota kabinet baharu negeri dalam sidang media petang ini

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengadakan sidang media mengenai pelantikan anggota Kabinet baharu Negeri Sabah pada pukul 3.30 petang ini.

Jemputan daripada Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri memaklumkan sidang media itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Lokasi itu terletak berhampiran Istana Seri Kinabalu, kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai senarai anggota Menteri Kabinet Sabah.

Namun, majlis angkat sumpah akan berlangsung petang ini.

Awal pagi Ahad, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu.

Mengikut keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, GRS mendahului pesaing dengan memperoleh 29 kerusi.

Pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi.

Ia diikuti Barisan Nasional (BN) dengan enam kerusi, UPKO (tiga) dan STAR (dua). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings