the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah cadang sukan tempur atasi isu buli sekolah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh mencadangkan satu dialog khas diadakan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan (KPM) dan persatuan sukan tempur kebangsaan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Hannah berkata pendekatan hukuman seperti penggantungan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya pelajar terlibat perlu diberi bimbingan dan ruang untuk menyalurkan tenaga mereka melalui aktiviti berstruktur seperti sukan tempur.

“Saya berhasrat mengadakan dialog bersama KPM dan persatuan sukan tempur berkaitan kes buli di sekolah, KPM (lazimnya) akan mengambil tindakan menggantung pelajar yang terlibat, (namun) saya nak ingatkan bahawa kita jangan berputus asa dengan kanak-kanak itu.

“Kita boleh membimbing mereka dan salurkan tenaga mereka untuk bersukan. Sukan tempur ada undang-undang dan kita nak mereka belajar, buli dan tindakan ganas kepada pelajar lain adalah tidak wajar,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sini semalam.

Kejohanan yang bermula dari Khamis lepas dan berakhir hari ini telah menghimpunkan lebih 2,000 atlet dari seluruh negara yang bertanding dalam lima disiplin utama sukan tempur, iaitu silat, wushu, karate do, Muay Thai dan gusti.

Hannah berkata sukan tempur bukan sahaja membina kekuatan fizikal, tetapi juga membentuk disiplin dalam kalangan anak muda untuk melatih mereka mengawal emosi dan tindakan.

Beliau turut yakin platform sukan berperanan besar dalam membantu pelajar mengenal potensi diri, terutamanya bagi mereka yang masih mencari minat dan bakat sebenar dalam diri sendiri.

“Daripada tontonan (acara sukan) itu akan lahir rasa minat untuk mencuba … kalau tak cuba, tak tahu mereka ada bakat atau tidak,” katanya.

Hannah percaya setiap pelajar yang mendapat bimbingan betul sejak di bangku sekolah mampu mencorak masa depan cemerlang sekali gus menyumbang secara signifikan kepada aset kemajuan negara – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

First Energy Africa Oil Corp. strengthens board with appointment of industry veterans Simon Akit...

First Energy Africa Oil Corp. has appointed industry veterans Simon Akit and Frederick Kozak to its Board of Directors, strengthening its leadership with extensive expertise in capital markets, engineering, governance, and the global resource sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings