the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harga petrol RON95 Malaysia antara terendah di dunia dengan BUDI95

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

BALIK PULAU: Harga petrol di Malaysia akan menjadi antara yang terendah di dunia apabila program penyasaran subsidi mula dilaksanakan pada 30 September ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan rakyat tidak perlu bimbang kerana penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter akan kekal dinikmati di bawah program BUDI MADANI RON95.

Beliau menekankan bahawa perubahan atau ketidaktentuan harga minyak di pasaran global tidak akan menjejaskan harga bersubsidi yang telah ditetapkan untuk rakyat.

“Kalau kita lihat, harga RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Kampung Angkat MADANI Menteri Kewangan II di Pulau Betong.

Amir Hamzah berkata penyasaran subsidi itu dijangka membolehkan kerajaan menjimatkan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun bergantung pada harga pasaran global.

Beliau berkata hasil daripada penjimatan itu dapat disalurkan semula kepada rakyat melalui program bantuan langsung termasuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

Mengulas mengenai siling kelayakan 300 liter sebulan, Amir Hamzah berkata perkara itu dilihat mencukupi untuk kegunaan sebulan bagi sesebuah kenderaan berdasarkan kajian yang dibuat.

“Kita telah membuat kajian dan mendapati bahawa 300 liter itu merupakan kadar penggunaan biasa kerana jika dilihat pada kategori kereta, penggunaannya antara 170 kilometer satu hari ulang-alik,” katanya.

Amir Hamzah turut menjelaskan penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan ialah kaedah terbaik pada masa ini tanpa memerlukan kerajaan membangunkan sistem baharu.

“MyKad telah digunakan dalam penyaluran bantuan kerajaan pada masa ini, contohnya STR telah disalurkan kepada sembilan juta penerima melalui MyKad,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter berkuat kuasa pada 30 September.

Anwar berkata semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dengan dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img