the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hujan berterusan, angin kencang dijangka hingga 11 Januari

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan dan laut bergelora di beberapa negeri sehingga 11 Januari berikutan luruan monsun.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Januari ini.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Ia juga dijangka membawa angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Januari.

Amaran serupa juga dikeluarkan bagi timur Johor berkuat kuasa daripada 7 hingga 8 Januari.

Manakala bagi barat Sarawak, amaran berkenaan berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Januari.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Januari bagi Laut China Selatan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Mereka juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories