the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
28.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hujan lebat berterusan dijangka landa pantai timur dan Johor hingga Khamis

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan di Terengganu, Pahang dan Johor mulai hari ini hingga Khamis, orang ramai dinasihat berwaspada.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran tahap buruk dikeluarkan pada 4.45 petang ini.

Amaran itu melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, ia membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Di Johor, kawasan terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama juga diramal melanda seluruh Kelantan.

Di Terengganu, amaran waspada melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran tahap waspada itu juga melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang.

Di Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia.

Maklumat juga boleh diperoleh melalui aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-22-1638. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.
spot_img

Popular Categories