the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat itu pada 9.15 pagi.

“Sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang bergegas ke lokasi kejadian tiba lima minit kemudian bersama dua jentera.

“Didapati dua mangsa iaitu wanita berusia 42 tahun dan anak lelakinya berusia 13 tahun terperangkap di tingkat atas, namun kedua-dua beranak itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ibu dan anak itu hanya mengalami sesak nafas dan mereka diserahkan kepada pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings