Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Itali kecualikan Israel daripada pesta pelancongan antarabangsa kerana isu Gaza

ROM: Pihak berkuasa Itali memutuskan untuk mengecualikan Israel daripada menyertai pesta pelancongan antarabangsa, TTG Travel Experience 2025, yang dijadual berlangsung di Bandar Rimini dari 8 hingga 10 Oktober, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Keputusan ini dibuat susulan tekanan yang semakin meningkat daripada pihak majlis perbandaran bandar itu serta kemarahan awam yang meluas terhadap serangan berterusan Israel yang disifatkan sebagai serangan genosid di Semenanjung Gaza.

Datuk Bandar Rimini, Jamil Sadegholvaad berkata keputusan itu dibuat atas dasar kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat dan risiko berlakunya protes besar-besaran, sejajar dengan ketegangan yang memuncak di seluruh Itali akibat perang di Gaza.

Beliau menegaskan, membenarkan penyertaan Israel boleh menjadikan acara itu sebagai medan demonstrasi besar.

Penganjur pameran itu Italian Exhibition Group (IEG) turut mengesahkan yang syarat untuk penyertaan Israel tidak lagi sah.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menyatakan yang kehadiran Israel di pameran itu menjadi sesuatu yang “tidak sesuai daripada segi moral dan profesional” memandangkan kemusnahan dan kehilangan nyawa yang berterusan di Gaza.

Syarikat itu memetik liputan media dan kenyataan rasmi pihak berkuasa Itali yang menegaskan bahawa “mempromosikan kawasan yang sedang dilanda perang, kemusnahan dan kematian sebagai destinasi pelancongan adalah sesuatu yang tidak beretika dan tidak profesional.”

IEG, yang turut menguruskan lokasi Rimini Fiera selepas bergabung dengan kumpulan pameran dari Vicenza, menyatakan yang mereka memaklumkan secara rasmi kepada lembaga pelancongan Israel bahawa syarat penyertaan mereka dibatalkan.

Keputusan itu mencerminkan pendirian rasmi kerajaan perbandaran Rimini dan pihak berkuasa wilayah Emilia-Romagna, di bawah bidang kuasa mereka di mana acara itu dianjurkan.

TTG Travel Experience antara acara industri pelancongan terkemuka dunia, yang menghimpunkan pemain industri utama dan pihak berkepentingan dari kira-kira 70 negara.

Pengecualian Israel ini dibuat susulan gelombang demonstrasi di seluruh Itali yang menyatakan solidariti terhadap Palestin, dengan penunjuk perasaan dan kumpulan masyarakat sivil menuntut penghentian kerjasama dengan Israel dan penguatkuasaan sekatan sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan di Gaza -BERNAMA-WAFA

Related

spot_img

Latest

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.

Powerwell secures RM9.5m data centre contract in Selangor

Powerwell Holdings Bhd’s subsidiary, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, has clinched a RM9.5 million contract to supply switchboards and components for a data centre project in Selangor. Managing director Catherine Wong Yoke Yen said this marks the company’s third data centre win this financial year, underscoring its expertise in Malaysia’s fast-growing digital infrastructure sector. With an order book of RM117 million as of June 2025, Powerwell plans to capitalise on opportunities across data centre, infrastructure, and renewable energy projects.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories