the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah

BATU PAHAT: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas sebanyak 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata tindakan itu dilakukan susulan aduan orang awam.

Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Tindakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pasar raya itu dibuat sehari sebelum Aidilfitri (Selasa) setelah kita menerima aduan daripada orang awam serta tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan kita dapati ada 11 unit alas kaki gambar Kaabah di pasar raya itu dan sudah dirampas. Setakat ini, pemantauan masih berterusan di seluruh Johor,“ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jelas Mohd Fared, kenyataan berhubung perkara itu tidak dikeluarkan sebelum ini kerana menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings