the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jangan ada kegiatan songsang di Pahang: Al-Sultan Abdullah

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah supaya tiada kegiatan songsang berlaku di negeri ini dan meminta pihak berkuasa tempatan memantau premis seperti spa dengan lebih rapi.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini.

Baginda mengakui terkejut dengan isu yang hangat diperkatakan kini dan berharap kegiatan seumpamanya dihentikan.

“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini…saya harap ini tidak berlaku di Pahang,” titah baginda dalam rakaman dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda menasihati orang ramai menjauhi perbuatan songsang dan meminta semua Majlis Perbandaran memantau kegiatan seumpama ini.

“Saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda menekankan premis seperti spa perlu dipantau rapi bagi memastikan tiada kegiatan songsang berlaku.

Tindakan sewajarnya juga perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.

Titah itu dikeluarkan susulan laporan media mengenai serbuan terhadap sebuah premis kesihatan di ibu negara pada Jumaat lepas.

Serbuan itu menyaksikan 208 individu ditahan atas syak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings