the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan ekoran kejadian kebakaran di kawasan berkenaan sejak 12 Jan lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata pendakwaan itu dibuat di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi kesalahan pembakaran terbuka dan mengikut Seksyen 34A AKAS 1974 bagi pelanggaran syarat-syarat Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).

“JAS juga meneruskan pemantauan dan pengukuran kualiti udara di kawasan berhampiran penduduk dengan menggunakan alat ‘portable particulate analyser’ di lokasi yang dikenal pasti.

“Sementara alat ‘portable gas analyser’ pula ditempatkan di kawasan sensitif bagi mengukur kehadiran gas-gas toksik di sekitar tapak pelupusan sisa pepejal berkenaan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu pihaknya telah menempatkan stesen pemantauan kualiti udara bergerak di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram, Nibong Tebal.

Tindakan itu, beliau berkata dilakukan bagi mengukur status kualiti udara untuk mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat.

“Kawasan kebakaran di tapak pelupusan sisa pepejal ini telah padam sepenuhnya namun lokasi masih berasap disebabkan proses penguraian timbunan sisa sampah yang menghasilkan gas metana yang mudah terbakar,“ katanya.

Beliau menjelaskan kejadian itu tidak dipengaruhi oleh keadaan geologi tanah di kawasan berkenaan kerana ia bukan daripada jenis tanah gambut yang mudah terbakar.

“Berdasarkan kajian di bawah Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Mudah Terbakar untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia oleh JAS tahun 2019 dan Peta Taburan Tanah Gambut oleh Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan Pulau Pinang tidak mempunyai kawasan tanah gambut yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini,“ katanya.

Terdahulu, kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Byram dilaporkan berlaku kira-kira 5 petang pada 12 Jan dan penduduk berhampiran diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara, manakala 10 sekolah berdekatan diarah tutup.

Pada 22 Jan, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata hasil siasatan semula oleh pihak bomba ke atas tapak pelupusan sampah itu mendapati kira-kira 11 hektar tanah terbakar dan kerja-kerja pemadaman api dijalankan menggunakan kaedah air serta tambakan tanah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

RICOH brings AI beyond concept through real-world operational applications

The showcase comes amid a broader push towards industrial automation in Malaysia, particularly under the New Industrial Master Plan 2030, which aims to develop 3,000 smart factories through automation, AI, and other advanced technologies.

SIM GE prepares graduates for Singapore’s evolving workforce

In a labour market shaped by rapid industry transformation and evolving skills demands, the link between higher education and employment outcomes has become a key consideration for students and families evaluating their education pathways.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings