the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT kekal tanpa kalah, tewaskan Selangor 2-0 dalam Liga Super

Johor Darul Ta’zim kekal rekod tanpa kalah selepas tewaskan Selangor FC 2-0, manakala KL City atasi Imigresen FC 4-2 dalam Liga Super

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super musim ini.

Pasukan itu menewaskan Selangor FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

JDT hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka jaringan menerusi rembatan Nacho Mendez yang terkena pertahanan sebelum masuk ke gawang.

Selangor bangkit dengan beberapa serangan berbahaya bagi memburu gol penyamaan.

Usaha mereka hampir membuahkan hasil pada minit ke-17 melalui Chrigor Moraes, namun percubaan itu diselamatkan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Peluang lain tercipta pada minit ke-27 menerusi Faisal Halim, tetapi rembatannya tersasar.

Kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Selangor terus meningkatkan tempo permainan namun gagal menembusi pertahanan kukuh JDT.

Sebaliknya, Harimau Selatan mengesahkan kemenangan menerusi gol kedua Bergson Da Silva pada penghujung perlawanan.

Kemenangan 2-0 itu mengekalkan rekod cemerlang JDT.

Sementara itu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, KL City meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Imigresen FC 4-2.

Kapten skuad Warga Kota, Paulo Josue, meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-31.

Imigresen FC bangkit garang pada babak kedua dengan menjaringkan dua gol menerusi Fadzeul Danel Nizam (minit ke-47) dan Eduardo Sosa (minit ke-61).

Bagaimanapun, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan kedua Josue pada minit ke-68.

Malang menimpa Imigresen FC dua minit kemudian apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Mior Dani Armin Mior Ariffin dilayangkan kad merah susulan kad kuning kedua.

Pasukan KL City kembali bersorak apabila Safawi Rasid meledak gol pada minit ke-76.

Kemenangan mereka disahkan dua minit kemudian menerusi jaringan Kpah Sherman.

Keputusan 4-2 memihak kepada tuan rumah, KL City.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings