the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT perkenal Jon Irazabal sebagai pertahanan baharu

JOHOR BAHRU: Juara 11 kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkemas barisan pemain bagi menghadapi kempen akan datang apabila mengumumkan kehadiran pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal.

Bekas pertahanan kelab Sabah FC di Azerbaijan itu diperkenalkan secara rasmi menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

“Pertahanan kami menerima tambahan tembok baharu, malah bukan asing buat kita. Jon Irazabal kini sah bersama Harimau Selatan!” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu yang mewarisi darah Sabah melalui ibunya, baru sahaja dinaturalisasikan dan melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada Jun lalu.

Irazabal akan menyarung jersi bernombor 17 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum menyertai JDT, Irazabal beraksi bersama kelab Sabah FK di Liga Premier Azerbaijan dengan mencatat 98 penampilan serta membantu kelab itu menjulang Piala Azerbaijan musim 2024–25.

Selain Irazabal, JDT turut membawa masuk beberapa lagi muka baharu termasuk pertahanan tengah dari Sepanyol, Antonio Glauder; penyerang dari Brazil, Jairo Da Silva serta pemain tengah bertahan, Ibrahim Manusi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings