the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah disaran ulang kaji ilmu haji menjelang Wukuf di Arafah

MAKKAH: Jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M perlu menggunakan baki hari yang ada sebelum wukuf di Arafah pada Khamis ini (5 Jun) untuk mengulang kaji semula perkara serta tuntutan rukun dan wajib haji agar ibadah yang dilakukan benar-benar sah, sempurna dan diterima Allah.

Ketua Pakar Rujuk Haji merangkap Timbalan Mufti Perlis Tajul Urus Abdul Halim berkata jemaah perlu memanfaatkan waktu-waktu terakhir sebelum wukuf untuk membuat semakan semula catatan, nota dan rujukan yang dibekalkan Tabung Haji (TH) sebelum ini.

“Jemaah haji perlu mengulang kaji semula segala ilmu yang telah dipelajari sebelum ini agar setiap amalan yang dilakukan selari dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Ambillah kamu daripada aku ini tentang ibadah haji’. Maka, ibadah haji tidak boleh dilakukan mengikut rasa atau tafsiran sendiri sebaliknya mestilah berpandukan sunnah Rasulullah SAW sepenuhnya,“ katanya ketika ditemui media di sini.

Beliau turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan serta membuat persiapan rapi dari segi fizikal dan rohani menjelang hari wukuf di Arafah, yang merupakan kemuncak pelaksanaan ibadah haji.

“Jemaah haji perlu memberi tumpuan penuh terhadap penjagaan kesihatan dan elakkan melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan ketahanan fizikal temasuk pergerakan agresif atau menunaikan umrah sunat yang terlalu kerap hingga menjejaskan kesihatan ketika menjelang pelaksanaan kemuncak ibadah haji,“ katanya.

Pada masa sama, Tajul Urus menyarankan supaya jemaah haji melakukan persiapan teliti dari aspek keperluan peribadi dan logistik termasuk menyusun ubat-ubatan, ihram serta kelengkapan asas harian bagi memudahkan pergerakan dari Arafah ke Muzdalifah, Mina dan seterusnya ke Jamrah.

“Sebelum melangkah keluar dari hotel atau tempat penginapan masing-masing menuju ke Arafah, mereka dinasihatkan untuk menanamkan keikhlasan yang tulus semata-mata kerana Allah SWT kerana inilah asas terpenting dalam melaksanakan ibadah.

“Kita lihat jemaah telah mengorbankan harta, masa dan tenaga demi menyahut seruan haji, namun jika ibadah itu dilakukan tanpa keikhlasan dan hanya bertujuan meraih gelaran haji ia satu kerugian besar buat dirinya,“ katanya.

Beliau turut menyeru jemaah haji memanfaatkan sepenuhnya keberadaan di Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar sebagai lambang kehambaan yang tulus kepada Allah SWT.

Operasi masyair adalah kemuncak keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijah untuk menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.

Mahkamah Agung Arab Saudi mengisytiharkan Hari Arafah jatuh pada Khamis, 9 Zulhijah (5 Jun), diikuti dengan sambutan Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings