the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JENDELA Fasa 1 hampir siap, liputan internet capai 99.71%

Pelan Jalinan Digital Negara Fasa 1 catat kemajuan 99.1%, dengan liputan internet di kawasan berpenduduk meningkat kepada 99.71% dan kelajuan muat turun melepasi sasaran.

PUTRAJAYA: Pembinaan infrastruktur digital di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 telah mencapai 99.1%.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 1,646 menara komunikasi baharu telah siap dibina setakat 31 Disember lepas.

Sasaran pembinaan adalah sebanyak 1,661 struktur menara baharu dengan perkongsian Rangkaian Akses Radio.

Keseluruhan pembinaan menara dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun ini.

Bilangan premis yang diliputi rangkaian meningkat kepada 9.81 juta premis setakat akhir Disember.

Ini melepasi sasaran sembilan juta premis berbanding hanya 4.96 juta premis sebelum pelaksanaan JENDELA.

Kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih turut meningkat kepada 143.70 Mbps.

Liputan internet di kawasan berpenduduk telah meningkat kepada 99.71% berbanding 91.8% sebelum JENDELA.

Pencapaian ini disokong oleh inisiatif pembinaan infrastruktur 4G baharu dan penaiktarafan tapak sedia ada.

MCMC juga memantau perancangan penambahbaikan liputan yang dikemukakan setiap pengendali rangkaian.

Usaha diperkukuh untuk memperluas liputan di Tujuh Kawasan Tumpuan termasuk institusi pengajian tinggi awam dan kawasan pelancongan.

Di IPTA, pemasangan lebih 34,000 titik akses Wi-Fi telah dilaksanakan di 126 kampus.

Penambahan 73,768 titik akses Wi-Fi lagi dirancang bagi memastikan liputan menyeluruh.

Kemudahan gentian optik juga disediakan di 73 kem tentera untuk capaian Fibre to the Home.

Liputan rangkaian mudah alih turut diperluas ke 18 IPTA dan 17 kawasan acara utama.

Pendekatan bersasar ini membolehkan peluasan liputan dilaksanakan secara lebih cekap dan berkesan.

MCMC akan terus memantau pelaksanaan bagi memastikan peningkatan kualiti perkhidmatan Internet dilaksanakan secara mampan.

Objektif JENDELA Fasa 2 adalah untuk memperluas akses internet ke kawasan berpenduduk jarang serta koridor pengangkutan utama.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories