the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM Selangor gagalkan cubaan seludup e-waste bernilai RM3 juta

Operasi Demeter JKDM Selangor gagalkan cubaan seludup 556,800 kg e-waste bernilai RM3.06 juta di Pelabuhan Klang tanpa permit import.

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM3.06 juta.

Operasi Demeter di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 8 Oktober lalu menemui 556,800 kilogram e-waste diimport tanpa permit.

Pengarah Kastam Selangor Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata rampasan itu dianggarkan bernilai RM2.78 juta dengan duti terlibat sebanyak RM278,400.

“Modus operandi yang dikesan adalah sindiket telah membuat pengikraran tidak benar di dalam manifes dengan mengikrarkan dagangan sebagai ‘Abs Plastic’ bagi mengelak dikesan JKDM,” katanya.

Kontena terbabit pernah diperiksa oleh JKDM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pada awal Jun.

JAS Johor telah mengarahkan dagangan itu dihantar semula ke negara asal.

Bagaimanapun, kontena itu ditransit ke sebuah negara jiran sebelum dihantar semula ke Pelabuhan Klang pada 25 Ogos lalu.

Pengimportan e-waste memerlukan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Perintah Kastam 2023.

“E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan yang memerlukan pertimbangan khusus di bawah ‘Basel Convention’,” jelas Mohamad Azhar.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

JKDM menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings