the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKKN pamer budaya Malaysia di Ekspo 2025 Osaka sebagai diplomasi budaya

KUALA LUMPUR: Penyertaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam Ekspo 2025 Osaka dijadikan landasan untuk mempromosikan warisan seni Malaysia melalui persembahan tarian tradisional yang menarik perhatian pengunjung antarabangsa.

Menurut kenyataan rasmi JKKN, kehadiran mereka bukan sekadar pertunjukan seni, tetapi juga berfungsi sebagai medium diplomasi budaya yang menghubungkan Malaysia dengan komuniti global. Ini seiring dengan usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara persembahan yang menjadi tumpuan termasuk Joget Lambak, Magunatip (tarian buluh), serta koreografi khas lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2026. “Ada pengunjung yang datang setiap hari untuk belajar gerakan tarian kami. Bahkan, dalam sesi interaktif, penonton turut serta menari bersama. Ini bukti seni Malaysia mampu merentas bahasa dan budaya,“ jelas kenyataan tersebut.

Rayner Mailap, wakil rasmi JKKN, menekankan bahawa kejayaan ini dicapai melalui perancangan rapi, termasuk pemilihan penari dan koreografi yang memukau di Pavilion Malaysia. “Kami fokus pada ketepatan gerak asal, penampilan busana, estetika, dan interaksi dengan penonton,“ ujarnya.

Penari Nur Syahierah Mat Sapauwi berkata, busana tradisional seperti pakaian suku kaum Murut turut memikat pengunjung. “Pakaian kulit kayu dengan hiasan bulu burung kuang raya dan manik halus menjadi simbol kebanggaan budaya Borneo,“ katanya.

Sementara itu, Mohammad Fazly Izwan Abd Rahman memilih Joget Lambak sebagai tarian interaktif kerana keseronokan dan kemudahannya. “Ia sering ditarikan beramai-ramai dalam suasana riang, menjadikannya sesuai untuk diajar kepada pengunjung,“ jelasnya.

Ekspo 2025 Osaka bukan sekadar pameran budaya, tetapi juga ruang mencipta kenangan bersama ribuan pengunjung global. “Melalui tarian, senyuman, dan tepukan, kami membina rasa hormat dan kekaguman terhadap Malaysia,“ tambah JKKN.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Consumer Goods Leaders Urged to Treat AI as Enterprise Mandate, Not IT Initiative

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Speaking at the Global Summit of the Consumer Goods Forum, Dr Malina Ngai, Group CEO of AS Watson, shared a clear message to industry leaders: AI transformation is not an IT programme - it is a CEO mandate.

Luis Suarez Joins 1win as Official Football Expert for the FIFA World Cup 2026

MEXICO CITY, MEXICO - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - The international brand 1win has announced a partnership with football legend Luis Suarez, who joins the company as its official football expert and ambassador for the FIFA World Cup 2026 season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings