the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ WPKL sita 58 kenderaan dalam operasi pemandu warga asing

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JPJ WPKL serbu operasi pemandu warga asing, sita 58 kenderaan dan tangkap pemandu dari Pakistan, India, Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Palestin.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 kenderaan telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA).

Operasi itu dijalankan di sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Gombak bermula 9 pagi hingga 2 petang.

Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata operasi melibatkan Unit Operasi dan Falcon itu adalah hasil risikan mengenai penglibatan warga asing yang memandu tanpa lesen serta dokumen sah.

“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada mempunyai lesen kenderaan motor, perlindungan insurans dan lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata terdapat cubaan oleh sesetengah warga asing untuk melarikan diri, namun mereka berjaya ditahan semula dan dibawa ke JPJ WPKL.

Operasi itu turut membongkar taktik warga asing membeli kenderaan daripada warga tempatan tanpa proses pertukaran hak milik yang sah.

“Bila kita semak dengan warga asing ni, mereka sebenarnya telah membeli kenderaan tersebut daripada pemilik tapi tidak dibuat secara sah,” jelas Hamidi.

Beliau menambah bahawa warga tempatan terbabit juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

Seramai 58 pemandu warga asing telah ditahan, terdiri daripada 15 warga Pakistan, 13 India, 11 Indonesia, 10 Bangladesh, lapan Myanmar dan seorang Palestin.

Kebanyakan mereka bekerja membawa barang lusuh dan terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan.

Sebanyak 323 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi dengan 283 notis saman dikeluarkan.

Kesalahan utama termasuk tiada lesen kenderaan motor, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu.

Hamidi turut memberi amaran keras kepada kontraktor pembersihan yang menggunakan khidmat warga asing sebagai pemandu lori sampah.

Beliau berkata lima lori sampah turut disita hari ini walaupun pertemuan telah diadakan dengan pihak berkuasa tempatan.

“Masih terdapat syarikat yang berdegil,” katanya.

Kesemua kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saman dikeluarkan mengikut Seksyen 23(1), 23(2) dan 90(1) akta yang sama.

Statistik sitaan PEWA oleh JPJ WPKL menunjukkan trend penurunan kepada 586 kenderaan pada 2024.

Pada tahun lepas, seramai 376 kenderaan telah disita dalam operasi yang sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

APAC Medical Cost Growth Projected to Slow to 9.7% in 2027, Aon Report

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Aon plc (NYSE: AON), a leading global professional services firm, today released its 2027 Global Medical Trend Rates Report, which projects that medical costs in Asia Pacific will increase by 9.7% in 2027, compared with 11.3% in 2026.

Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, Cements its Position as a Luxury Accommodation...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, today highlights its elevated positioning as a refined city retreat, blending modern residential-style comfort with the architectural heritage of Bugis and Bras Basah district to meet the evolving demands of today’s discerning global travellers.

Most Viewed

spot_img