the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JSJK beri fokus tiga perkara perkasa siasatan jenayah komersial

KUALA LUMPUR: Memperkasakan siasatan bagi memastikan kadar pertuduhan yang lebih tinggi dapat dicapai antara tiga fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tahun ini.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata selain itu, pihaknya akan mengolah semula jabatan berkenaan dengan memberi fokus kepada masa hadapan dan meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai penyiasat.

Beliau berkata ketiga-tiga fokus itu sebagai menghadapi cabaran kewujudan pelbagai modus operandi jenayah komersial yang tertumpu kepada penggunaan lebih banyak aplikasi digital susulan peralihan gaya hidup.

Menurut Ramli isu berkenaan tidak hanya berlaku di Malaysia, sebaliknya turut menjadi kebimbangan di kebanyakan negara maju.

“JSJK sedia maklum bahawa dasar kerajaan adalah untuk tidak menambah bilangan penjawat awam.

“Oleh itu, pengolahan dalaman keanggotaan JSJK adalah pendekatan terbaik bagi mengimbangi trend peningkatan jenayah komersial terkini dan masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Ramli seseorang pegawai penyiasat jabatan terbabit perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan melalui latihan bersesuaian.

Beliau berkata perkara itu penting memandangkan 2024 dikatakan sebagai tahun kepantasan teknologi yang akan mengubah landskap kehidupan secara keseluruhannya.

Hal ini juga, katanya akan menjadikan siasatan yang dijalankan menjadi lebih kompleks dan memerlukan kepakaran yang spesifik.

“Selain itu, JSJK juga menyeru penglibatan rakan media serta setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyebarkan informasi berkaitan jenayah komersial agar dapat dijadikan benteng bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings